Friday, March 22, 2019
Vietnamese Roll
Dah lama nak buat vietnamese roll ni, tapi lately susah nak dapat rice paper saiz besar. Kat tesco giant semua yang saiz kecil je. At last dapat kat lazada...hahahha rice paper pun boleh beli online. 😄 So Uolls boleh la beli kat lazada...
So semua bahan dah ada. Tapi bila ada sikecik irshad ni, kena tunggu masa agak free baru boleh buat...kan.
Ni resepi saya...ada masa nanti saya buat video pulak k 😊.
Bahan Roll
=========
Rice paper
Bihun (atau su'un) - dicelur
Daun salad - carik besar2
Cucumber - potong julien
Carrot - potong julien
Daun pudina
Daun ketumbar
Daun thai basil
Crabstick - celur
Udang - celur dan belah 2 (senang untuk gulung nanti dan rice paper tak pecah)
Celup rice paper dalam air masak (room temperature), susun bahan2 dan balut.
Balut setiap roll dengan plastik supaya tidak melekat to each other bila kita susun nanti.
Bahan sos
=========
sos simple versi I
1/4 cup Fish sauce
1/4 cup cili sauce
1/2 cup air panas
2 sudu makan brown sugar
1/4 cup lime juice
3 ulas bwg putih - cincang halus
1@2 cili padi merah - cincang halus
1 sudu teh garam
Daun ketumbar - cincang halus
Gaul sebati semua bahan...siap 😀
Tunggu apa lagi....jemput makan 🤤.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment