Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts
Monday, March 25, 2019
Salted Egg Yolk Spagetti
Salted egg yolk memang tengah inn sekarang ni. Macam2 menu salted egg yolk... Hingga la ke nuget cicah dengan salted egg yolk sauce. Tapi memang sedap kan kuning telur masin ni dibuat masakan. 😊
Hari ni tak tau nak masak dinner apa, tgk dalam peti sejuk ada sikit serbuk telur masin knorr ni, so try la buat sos pasta. Meh kita try...😅
Bahan2 : (untuk 2 org makan)
---------------------------------------------
1/2 paket spagetti San Remo (Rebus dengan sedikit minyak dan garam hingga lembut - al-dante), angkat dan toskan airnya.
Bahan Sos :
-----------------
5 ulas bawang putih - cincang halus
3-4 tangkai cili padi - potong kasar
1 sudu kecil chili flakes
5 sudu makan serbuk telur masin knorr
1 sudu kecil cukup rasa maggi
1 tangkai daun kari
Isi ayam / udang
1 cawan cooking cream / susu sejat
Sedikit olive oil - untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara memasak :
------------------------
1. Panaskan minyak dalam pan / kuali, tumis bawang putih bersama cili padi dan daun kari.
2. Masukkan ayam / udang, kacau hingga masak.
3. Masukkan serbuk telur masin knorr, chili flakes - kacau.
4. Masukkan cooking cream, cukup rasa maggi, dan garam secukupnya, kacau hingga sikit pekat.
5. Masukkan spagetti yang telah direbus, gaul sebati dan tutup api.
6. Sedia dihidang, hiaskan dengan taburan chili flakes...
Selamat mencuba 😄.
Wednesday, March 25, 2015
Spiral Pasta Ala Oglio
Assalamualaikum teman2. Terlalu lama saya tak update blog ni since saya start my business insurance pada tahun 2012. As i remember, my last post was on 2012... hehehehe :). Tak la bermakna saya tak masak, cuma tak dan nak menulis and update kat sini. Sekarang alhamdulillah, business dah steady, saya pun dah berumahtangga, so saya kembali aktif di dapur, Maklumlah En.Husband jenis yang suka makan kat rumah.
Make it short, insyaallah saya akan kongsikan resepi2 yang cepat untuk disediakan. Dan kebanyakannya adalah menu untuk orang diet (sebab kami tgh nak turunkan berat badan ni...:) )
Untuk masak pasta ni, mmg simple... follow je kat bawah ni :
Bahan2:
2 cup penuh spiral pasta (boleh juga guna pasta lain , spagetti ke, bowtie ke)
1 ketul dada ayam (potong dadu kecil... lebih kurang saiz ibu jari)
10 ekor udang saiz sederhana
1/2 capsicum merah (potong dadu)
1/2 capsicum kuning (potong dadu)
1/2 capsicum hijau (potong dadu)
10 - 15 sweet pea
1 batang carrot (Julein...klu nak potong dadu pun boleh)
10 batang kacang buncis (potong 2 cm panjang)
2 biji cili merah
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar chicken stock (saya guna knorr)
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak (atau olive oil)
Cara2 memasak :
1. Rebus pasta dengan sedikit minyak dan sedikit garam sehingga lembut (al dante). Tos dan ketepikan.
2. Kisar kasar cili merah dan cili kering. (boleh juga tumbuk kasar). cili kering tak perlu direndam atau direbus terlebih dahulu. ketepikan
3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga masak dan ketepikan. Kemudian goreng pula isi ayam hingga masak, ketepikan.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama, Masukkan cili yang dikisar tadi bersama bawang putih. Masak dengan api perlahan (kerana kita nak rasakan minyak dengan cili n bawang putih). Kacau sesekali, (jangan tumis sampai garing).
5. Masukkan chicken stock, kacau rata. Masukkan udang, ayam, dan kesemua sayur2. Kacau rata sehingga sayur sedikit layu (tapi masih rangup).
6. Masukkan pasta, kacau rata. tambahkan garam jika tak cukup rasa.
7. Angkat dan hidangkan.... yummy!!!!
nota : boleh kurangkan cili jika tak suka pedas. Juga boleh guna sotong jika suka.
SELAMAT MENCUBA!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
