Friday, March 22, 2019

Cream Chicken (No cream) Star Pasta


My son Irshad now dah 14 bulan. Gigi depan dah penuh 8 batang. And saya notice sekarang irshad tak suka dah baby food yg lembik2...nak yg ada tekstur dan boleh kunyah2...hahahha...dah big boy dah anak mommy ni.

Kebetulan mommy pernah nampak vegetable pasta ni masa beli barang baby dulu...so zasss mommy terus beli 3 pack. Sebab pasta ni tak sama dengan pasta yg kat kedai2 tu... Pasta ni khas untuk baby, takde garam, gula, telur, perasa dan takde preservative. Dalam 1 pack tu ada 10 warna pasta - dari 10 jenis vege. And kandungan vege tinggi iaitu 40%. Tinggi vitamin n nutrisi.



Ni la pastanya... Brand Eatalian Expresds, ada macam2 shape, ada shell, macaroni, spiral. Mommies pilih je mana yg berkenan dan sesuai dengan tahap pemakanan sicomel. 😀.

Ok la...ni saya share resepi simple tapi sedap.


Bahan-bahan :
-----------------------
2-3 inci isi ayam bahagian dada - potong kiub
1 ulas bawang putih - ketuk
2 ulas bawang merah - hiris
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 sudu kecil minyak zaitun
2 -3 cawan air
3/4 cawan pasta eatalian express ( ikut suka shape apa, saya guna star)

Cara masak :
--------------------
1. Tumis bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan buah pelaga dalam periuk bersama dengan olive oil. Bila dah naik bau dan wangi, masukkan air, biarkan mendidih.
2. Masukkan daging ayam, biarkan mendidih hingga daging ayam cukup masak.
3. Tutup api, keluarkan bunga lawang dan buah pelaga (buang la ye). Blend soup tadi hingga menjadi cream putih.
4. Masukkan balik dalam periuk, masukkan pasta dan masak dengan api sederhana hingga pasta lembut. Kacau sesekali ye. Tambah air jika perlu.

Nota : Tahap kelembutan pasta bergantung kepada tahap pemakanan si comel. Kalau nak lebih lembut, masak la lebih lama ye mommies... Sukatan ni boleh untuk 2 kali makan.

Selamat mencuba...😊. Irshad mmg laju je makan kalau dapat pasta 🤤

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...