Friday, October 14, 2011

Hot Chili Bitter-gourd With Beef



Bitter gourd (bitter melon) atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai peria. Rasanya agak pahit. Peria mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti kandungan serat yang tinggi akan membantu melawas penghadaman.
 Ia juga kaya dengan anti-oksidan, mineral n vitamin serta kandungan polypeptide-p ( rujukan : www.nutrition-and-you.com) boleh mengurangkan gejala kencing manis. Peria juga mengandungi folate , sangat membantu ibu mengandung.


Bahan-bahan :
  • 1 biji peria (saiz sederhana) - dibelah dua, buang empulur dan potong dengan ketebalan 1/2 cm
  • 200 g daging lembu - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dimayang kasar
  • 10 biji cili padi merah - (kurangkan jika tidak mahu pedas)
  • 1 cm belacan
  • 6 ulas bawang putih - kupas dan ketuk
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu makan serbuk cukup rasa knorr (hahahaha... ni org malas nye resepi :) )
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan daging dan goreng seketika. (Jangan terlalu lama supaya daging tidak liat, cukup sekadar daging berubah warna ). Angkat dan ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi dan bawang merah serta belacan hingga lumat.
  3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang ditumbuk tadi, tumis lagi hingga wangi.
  4. Masukkan peria, cili merah dan serbuk cukup rasa. Goreng seketika.
  5. Tambahkan secawan air dan renih selama 5 minit atau hingga peria empuk (tutup kuali supaya peria cepat empuk).
  6. Perlahankan api, masukkan daging dan gaul rata. Tambah garan jika perlu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...