Recent Posts

Sunday, October 16, 2016

Healthy Vege Pizza




TQ to group KURUS & SIHAT, idea dari Dr.Ezue, telah beri inspirasi untuk saya mencari idea baru resepi sihat. So hari ni 1st day challenge...semoga kami semua istiqomah...:)

Mlm ni just buat quick meal.... 30 min dah ready. Ni portion untuk 2 orang ye...

ready...? 


Bahan-Bahan:
2 keping wholegrain massimo tortila wrap (bran lain pun boleh)
1/2 biji lada benggala hijau - dipotong panjang2
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
1 biji tomato - dihiris bulat
5 biji cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tomato paste (saya buat sendiri)
1 genggam penuh mozarella cheese (boleh lebih jika suka)
1 sudu kecil butter
sedikit blackpepper

Cara2 :
1. Panaskan Oven pada suhu 180 darjah celcius, api atas bawah.
2. Panaskan 1 keping tortila wrap dalam non-stik pan dengan api kecil sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan. (penting supaya pizza tak lembik).
3. Dengan menggunakan pan yg sama, cairkan butter. Masukkan button mushroom dan blackpepper. kacau sehingga cendawan sedikit layu...lebih kurang 1 minit dgn api perlahan. Ketepikan.
4. Susun tortila...lapisan bawah, tortila yg tak dipanaskan. Taburkan sedikit mozarella cheese dan lapiskan dengan tortila yg dipanaskan tadi. Sapu rata tomato paste. Lapiskan lagi dengan sedikit mozarella cheese.
5. Atur tomato hiris, lada benggala, cendawan butang dan bawang besar. Taburkan sedikit black pepper dan tabur kesemua baki mozarella.
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 7-10 minit.

Sedia dimakan...:)... biarkan sejuk sikit baru makan... takut nanti melecur mulut...

nota : 
1. untuk vegetable boleh guna terung panjang, spinach, zucchini, red capsicum, yellow capsicum dll
2. resepi home made tomato paste saya akan kongsi dalam entry akan datang ye. 



























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...