Recent Posts

Saturday, August 12, 2017

Kerabu Su'un



Bila tgh berbadan dua ni, tekak asyik meloya je. Asyik nak menu yang masam2 je... since hubby pun tak dinner kat umah, so just make something simple yg kena ngan tekak mak buyung ni je la 😀.
Cepat dan senang.


BAHAN-BAHAN:
1 cekak su'un (basuh dan rendam dalam air biasa dulu)
10 ekor Udang saiz sederhana ( kupas kulit)
1 ekor sotong saiz sederhana (potong bulat) - saya tak letak pun sebab takde 😁
1 biji tomato (potong kasar)
2 kacang panjang (potong 1 inci)
1 pokok daun ketumbar (potong kasar)

BAHAN SOS :
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
4-5 tangkai cili padi (tumbuk kasar) - ikut suke, nak pedas lagi tambah lagi
2-3 biji limau nipis (ambil jus)
1 labu bwg besar saiz kecik (potong kasar)
1 sudu makan gula
3 sudu makan sos ikan



CARA-CARA:
1. Satukan bahan2 sos dalam mangkuk. kacau sebati. Rasa sos agak masam dan sedikit masin ketika ini. jika tak cukup masin/masam, boleh tambahkan sos ikan/jus limau nipis kemudian. - ketepikan.
2. Tumbuk manja tomato dan kacang supaya senang untuk sos meresap ke dalam hirisan tomato dan kacang. - ketepikan
3. Panaskan air dalam kuali/periuk. Bila air mendidih, masukkan su'un, udang dan sotong. Masak hingga su'un lembut (lebih kurang 2 minit) - jangan teralu lama nanti su'un lembik, tak sedap. Angkat su'un, udang dan sotong, toskan airnya.
4. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk sos, gaul sebati - tambahkan sos ikan/limau nipis jika perlu.

Sedia di makan... simple dan sedap.

tips:
1. jangan celur sotong terlalu lama nanti liat.
2. boleh juga jika nak tambahkan isi ayam ke dalam kerabu, rebus dulu isi ayam bahagian dada, ketuk dan carik2kan.
3. kena gaul ketika su'un masih panas, bila sejuk sos tak akan meresap ke dalam su'un - jadi tak sedap.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...