Recent Posts

Wednesday, September 16, 2015

Chocolate Pudding With Orange Sauce


Assalamualaikum & SELAMAT HARI MALAYSIA kawan2 semua. Dah lama sangat dah rasanya saya tak post resepi baru. Bukan tak masak, cuma tak sempat nak post je.... hehehehe maklum la sibuk sikit setahun dua ni.

Now dah jadi isteri orang, selalu la masak untuk encik suami. Hari kerja pun, at least dinner memang masak.

Ok la, dah lama tak buat desert, Encik suami tak berapa gemar manis2 ni. Yang ni untuk hilangkan kempunan saya.


Bahan2 :

11g serbuk agar2 (satu paket kecil)
700 ml air
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu besar gula
1/2 cawan chocolate powder (boleh juga guna serbuk koko)

Cara2 :
1. Campurkan kesemua bahan kedalam peruk, kacau sehingga semua chocolate powder larut.
2. Panaskan dengan menggunakan api sederhana, kacau sehingga serbuk agar2 larut ( lebih kurang 10-15 minit)
3. Tapis dan tuangkan dalam acuan. Saya tuangkan dalam loyang 4 segi je. :)
4. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Bahan2 untuk sos oren :
1 biji oren saiz besar - diambil jusnya (kalau oren kecik guna 2 biji)
1/2 lemon - diambil jusnya
1/2 cawan air
2 sudu makan gula
1 sudu teh tepung kastard

cara2 :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api sederhana, kacau sehingga sos oren sedikit pekat, dan kesemua gula larut.
3. sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Hiasan hidangan :
Isi oren dipotong wedges.

sedap dimakan sejuk. sos oren boleh ditukar kepada sos berry  (strawberry / rapsberry)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...